Annual Dinner 2024 untuk Wan Vacation / selamatbercuti.com dibuat pada 10 Januari 2025 di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. Kesemua 35 orang staff Wan Vacation / selamatbercuti.com join annual dinner ini. Kesemua staff ini ialah dari 3 cawangan ibu pejabat Taman Connaught, Kuala Lumpur; Presint 15 Putrajaya & Johor Bahru di Johor.


Dinner bermula selepas maghrib, dan habis dalam pukul 11 malam. Terdapat 31 hadiah cabutan bertuah, tajaan banyak pihak termasuk airlines, airlines supplier, local ground agent, overseas ground agent, orang perseorangan dan lain – lain. Antara hadiah yang ada ialah tiket penerbangan pergi balik ke Sharjah tajaan AirArabia, pakej hotel di Kuantan, pakej Mersing oleh local agent, pakej 3D2N ke Jakarta; Da Nang dan juga Phuket.


Kami amik bilik hotel di Hotel Tamu ni juga. Big boss dapat bilik free tajaan hotel, dan staff perlu bayar dengan harga yang sangat murah (termasuk breakfast pagi esok). Kami semua dapat bilik di level yang sama. Bilik saya ialah 1612. Diorang 1613-1621.
Dinner ni berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua staff yang bertugas sebagai pengelola dan juga kepada staff-staff yang lain.





Anda merancang dinner tahunan company anda? Kami boleh atur 03-9132-2884 atau 011-1111-2884
Atau nak bercuti dengan keluarga / syarikat / company trip / incentive trip / annual trip semua kami boleh atur. 012-269-2884
Nak sewa bas murah kuala lumpur pun boleh. Kami buat juga. 011-1111-2884
Kami buat juga sambutan hari jadi untuk January Babies & hadiah untuk Pakaian Tercantik untuk King & Queen.
Kami bermula balik selepas COVID dengan 3 orang staff pada Oktober 2020 (masa COVID), kemudian pada 2022 kami jadi 15 orang, dan pada 2024 kami ada 35 orang staff. Terima kasih semua yang bersatu menaikkan balik syarikat.
Watch on TikTok

