Saya ke Hat Yai, jarang sebenarnya nak bawa group ke Thailand ni, tapi sebab group ni naik flight, aku pun ikut lah sama.
Trip ini pada 30 May 2024 – 2 Jun 2024. Aku join sebagai tour leader kedua / videographer. Dan ada satu orang lagi, sebagai tour leader pertama, Faiz.
Trip ni aku bawa 1 family besar, seramai 30 orang. Keluarga besar Kak Tini. Dia bawa semua adik beradik dan anak buah, ibu dia, dan semua mak saudara & pak saudara. Trip ni best sampaikan aku cakap bahasa Kelantan dengan diorang.
Itinerary untuk 4H3M Hatyai Muslim Tour ini adalah seperti berikut:
day 1: sampai, jumpa guide, makan tengah hari, masuk hotel, keluar ke Central Festival. Malam makan sendiri. Balik sendiri, sy akan bantu cari tuktuk & grab. Saya akan citer cara naik tuktuk, nego harga etc. Grab sy guna app macam biasa.
day 2: breakfast, Nora Plaza (barang kulit), Keysorn (souvenir), Renu (buah kering, kacang), Kedai kain satin. Makan lunch. Bebas aktiviti sendiri. Makan malam.
day 3: breakfast, tengok gajah, gi Songkla, gi pantai, makan tengah hari. Gi masjid, lepas tu floating market, then dinner.
day 4: breakfast, gi airport
Hat Yai ni senang je, cuma tiap tempat jauh jauh. Kalau gi sendiri, ada banyak tempat takkan sampai, sebab kene pandai planning, dan tukar ikut kesesuaian waktu. Tapi kami enjoy je sepanjang trip ni.
ni naik tuk tuk hari pertama dari Central Festival ke kawasan hotel
ni masa dinner. Macam makan kat Sukiya. Seronok semua
Ke tempat Gajah. Boleh naik gajah, bagi makan gajah, bergambar dengan gajah Thailand . Gajah Hat Yai ni baik je semua.
Terima kasih kepada keluarga Kak Tini, dan geng semua. Berminat ke Hat Yai? Kami boleh atur sama ada naik bas / naik flight. Hubungi saya di talian +60147444440 / www.selamatbercuti.com